Sunday 11 May 2014

Kita merancang ,Allah jua merancang....

 Bismillahilrahmanilrahim....

Aku percaya kita bukan mencari manusia sempurna tetapi, sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita.betul tak?

Aku pun begitu,aku tak mahu yang terlalu tampan atau hensem kerana tidak padan dengan aku. juga tak nak terllau bijak kerana aku jadi rendah diri pula. yang sederhana la kot. Atleast dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan aku milik penuh dia. Tak lupa juga yang jenis suka salah-menyalah dan selalu mengungkit kisah-kisah lama.Itu semua aku tak suka.Bagi aku la, yang lepas biarla lepas, Yang penting aku nak berubah.

Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dengan pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan,macam mana yang cantik suka pada orang yang sangat la tak hensem? malah ada juga yang normal berkahwin dengan orang yang tak normal fizikalnya. Itulah yang aku kata,mereka bertemu ketengan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia,fuhh rasa tenang hati dan damai.

suasana ataupun arab sebut bi'ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai sang Ilahi. Tapi percaya satu benda aku tak nafikan,ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari teangnya orang biasa-biasa. :)

Wallahua'lam






jodoh itu ada di tahajjudmu..


bismillahilrahmanilrahim....
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )


Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata..

Wallahua'lam..