Monday 7 October 2013

Aku Ikhlas..InsyaAllah


 


 Tidak ada siapa yang akan faham dan aku pun tidak mengharapkan orang faham. Aku tahu ini dunia, kita menuntut keadilan pada manusia tetapi yang sebenarnya 'adil' itu hanya pada Allah. Kita harus redha...
 
 Sesungguhnya persinggahan ku disini hanya seketika, aku mencari jalan yang tidak mungkin orang faham kerana orang tidak pernah berdiri sebagai 'Aisyah'. Maksudku, memahami kemahuan dan kehendakku. Aku percaya, kalian juga melalui hal yang sama. Namun apa pun pencarian itu, aku tetap ingin mencari kebahagiaan duniaku dalam kehidupan insan lain. Sebagaimana yang lain turut mendambakan kasih cinta dan sayang dari insan lain. Aku sayang mereka dan kamu, dan aku anggap hal yang sama padaku jua. 
 
 
Aku tidak mengharap balasan atau lebih dari apa pun milik dunia, kecuali rahmatNya Allah dalam hati setiap manusia.
 
 
Aku ikhlas, Inshaa Allah.
 
 
 

Allah KepadaNya Semua Pujian





Bersyukurlah kita atas setiap kurniaan, sedang kita menangis mengenangkan nasib... 
Nun di sana ada insan yang menyempurnakan hidup mereka walaupun serba serbi kekurangan.
 
Hanya Allah saja yang tahu akan derita ini, mungkinkah tubuh kecil ini diantara penghuni syurga yang ditanya kelak "pernahkah engkau hidup susah ketika di dunia dahulu ?" 
 
Lalu dengan yakin dia berkata "Tidak ya Allah, kerana aku mempunyaiMu dan Engkau tidak pernah meninggalkanku"
 
 

Kotak Hati..Itulah Yang Kita Persembahkan







 Manusia paling penipu, 
bila mereka menyeru kepada kebaikan tetapi mereka tidak melakukannya dan suka pula mencari salah orang.

 
Diantara bukti solat kita telah mendidik kita adalah apabila kita bertapis dalam berkata-kata dan berhati-hati dalam tindakan kita.
 
Allah is watching us !! 
 
Remember that
 
 
 


Thursday 20 June 2013

Ketenangan




Aku sering menemui dia dalam solatku.
 Memanggil namanya pada setiap kali rindu bertamu, 
dan saat itu juga aku menemui jawapan pada persoalanku.


Aku temui ketenangan, 
apabila aku membuka hati mencari Allah ku.


Satu pepatah arab menyatakan; 
"Kenali dirimu maka kamu akan mengenal Allah".


Jika dalam diri kita baik, 
maka kita akan selalu bersangka baik pada apa yang berlaku dan...
 secara tidak langsung itu juga menjadi alasan kita bersangka baik pada Allah. 
Begitulah sebaliknya... Kan kan kan ?


Wednesday 29 May 2013

Gugurnya Daun Di Syurga

 

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Malaikat Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah utk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa".

Sedarlah kita bahawa kematian itu akan menghampiri kita sama ada kita bersedia ataupun tidak.


" Firman Allah S.W.T : Qullu nafsin zaaiqatul maut..
yang bermaksud setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. "
Berdoalah dan beramal lah semoga kita juga dijemput dalam keadaan 'khusnul khotimah' untuk menjadi ahli syurga..insyaallah,amiinn..

Sedarlah kita,semua yang bersama kita hanyalah pinjaman semata-semata.Pemilik mutlaknya hanyalah Allah yang Maha Esa.Sampai suatu saat Allah akan menuntut semula setiap satu apa yang dipinjamkan kepada kita.

Kepada dia kita datang dan kepada dia jua lah kita pulang..
sama-sama kita terus mengorak langkah menuju kejayaan hakiki di penghujung segala destinasi yang kekal abadi.

LailahaillaAllah Muhammad Rasulullah

abdi
fatin Aisyah 

Tuesday 28 May 2013

Cerita Abah dan Aku

 


Ada hati yang rindu. 
Sering kali berjauhan namun tak pernah dilupakan. 
Dalam doa dia menjadi keutamaan. 
Bahagianya dia adalah bahagia buatku jua.
Dia abah ku yang amat ku sayang, 
disimpan Jauh dilubuk 'sanubari' agar tak pernah berniat untuk dilupakan. 
Hanya air mata menjadi saksi tentang kerinduan ini padanya. 
Jarang bertemu abah
setiap kali datang enggan mahu melepaskan pergi. 
Aku berpesan padanya, 
jangan lupa doakan cah agar sentiasa dalam rahmat Allah. 
  


Ku pohon padamu Allah, 
"ku tinggalkan abah dalam lindunganMu". 
 
Amin
Ya Robbal a'lamin


Bunga Bunga Syurga



 "Senyum nampak gigi" 
(Atas arahan saya) haha 
 
 
Kami ada cerita kami sendiri. 
Namun dalam cerita kami, 
kamilah kekuatan setiap plot cerita itu. 
 
 
Jika ada antara kami hilang, 
mungkin warna pelangi tak lengkap lagi, 
matahari tak merah lagi dan malam pasti sunyi tanpa bintang.
Biar apa pun cerita dunia yang direka manusia,
Namun hanya Allah saja yang tahu alasan semua kisah.
Semuanya ada hikmah.


Itulah keluargaku padaku. 
Mereka adalah duniaku. 
 
 
abdi:
 Aisyah Fatin

Monday 27 May 2013

Cinta Hakiki


Cinta tidak pernah terpadam cuma mungkin kita yang tidak dapat menghidupkannya. 
Ramai yang memerlukan cinta terapi tidak banyak yang mahu berkorban kerananya. 
Ramai yang berbicara cinta tapi tidak tahu nilainya.

Cinta.... 
Sekalipun kekasih tiada lagi namun cinta tetapi dihati.

Dan...
Sekalipun kita tidak pernah melihatnya tetapi cinta tetap hadir di sanubari.
Aku mencintaimu ya Robb.

abdi
❤FA

Kupu-kupu Cinta

 

ibarat kupu-kupu; bila kita kejar, ia lari jauh meninggalkan kita dan ada ketikanya, dia datang lalu menghiasi jemari kita..

Begitulah jodoh; sekuat mana kita kejar namun jika bukan milik kita pasti akan hilang, dan jika sudah tertulis ilahi pasti ia akan datang sendiri.
Itulah salah satu dari rahsia Allah. Jika kita dilahirkan untuk 'dia' pasti akan menemuinya...
Sabar. 
Allah maha adil menyediakan jodoh yang serasi buat kita agar kita berasa aman dan bahagia hidup bersama.
Tawakaltu alallah lahaulawalaquwata' illahbillah (^_^)v


abdi
Aisyah Fatin
 


Dengan NamaMu...

 
Zikrullah; 
membasahi ruangan hati kering yang dahagakan kebasahan iman lalu menyuci debu-debu dosa pada permukaan tapak kaki.
 
Sebelum ini, aku mencari dimanakah arah kiblatku walau ku tahu ia sandaran dahi bersujud.
Sebelum ini, 
 
aku mencari apakah tujuan aku di sini sedangkan aku bersyahadah dan menyimbolkan jari telunjukku bahawa Allah itu esa disembah !
 
 
Alhamdulillah; 
walau imanku sebesar biji jagung mungkin, 
namun aku bersyukur dengan iman ini aku mencari jalan pulang mencari kiblat dan mengakui tidaklah aku dilahirkan semata-mata untuk beribadat kepada tuhanku.
Aku pencari jalan redhaMu Allah maka, kau pimpinlah hatiku ini. 
Amin ya rahman, amin ya rahim
 
 

Sunday 26 May 2013

Aisyah





 "AISYAH"
Ya itu aku.


Sedikit cerita yang kau tahu tersurat dikenali dari mata kasarmu.
Yang banyak pula ku simpan tersirat dari riwayat kisah hidupku.
Aku tidak sempurna, maafkan aku jika pernah mengasarimu.
Menjadi diriku, aku kan selalu memaafkanmu.

Kerna "AISYAH" mencari redha Allah dalam rahmatNya.

Di Mana Tempat Kita Kelak



Ramai manusia tertipu dengan kekayaannya, kecantikannya, kebijaksanaannya, keturunannya dan pangkatnya. Sehingga lupa kaya itu mana barokahnya ? Cantik itu mana nilainya ? Bijak itu mana sumbangannya ? Keturunan itu mana amal jariahnya ? Pangkat itu mana mulianya ?


Kita lupa. Kaya juga boleh buat kita lalai kerana sibuk mengejar kesenangan dunia. Cantik juga buat kita jadi takabur kerana merasa lebih dari manusia lain. Bijak juga buat kita sombong kerana merasa betul sepanjang masa. Keturunan juga buat kita riak kerana mengagungkan lebih dari agama. Apalagi pangkat, buat kita lupa diri kerana merasa diri lebih berkuasa dari kebanyakkan.


Sedangkan, Allah yang tunggal yang punya zat atas segalanya saja maha kaya, maha cantik, maha bijaksana, maha esa, dan maha besar, tidak terus menghukum kita atas segala kelalaian, kejahilan dan kesombongan kita yang menumpang di muka bumiNya ini walhal Dia berkata "kun faya kun" atas segala kejadian, tetapi tetap maha sabar atas perlakuan kita.


Malulah pada Allah. Tidak ada tempat yang tidak berDia. Tidak sedetik pun dilalaikan pasti akan dihitung bila sampai masa diadili.

Oh barzakh ! Oh masyar ! Oh mizan... Kelak tempatku di mana ?

Wednesday 22 May 2013

cinta tak sempurna



Tingkap kamar dikuak luas.Angin terus menyerbu seakan sudah lama menunggu.Cahaya matahari memancar terus ke wajahku.Rasa cukup berharga nyawa pinjamannya bila nikmat-nikmat sebegini masih mampu dirasa.Kicauan burung menambah ceria.Pada tiap simfoni yang teralun dari bunyi kicauan mereka ada dzikir yang dilagukan untuk Pencipta.SubhanAllah.Rasa ini rasa damai.Rasa syukur kerana saat dihirup udara sedalam-dalamnya,aku masih mampu menghembuskan semua dengan lega tanpa tersekat di mana-mana.Degup jantung dan nadi masih terjaga ritmanya.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.
Ya,sudah lama ecah tidak mengemaskini blog ecah..Maka hari ini dalam kesempatan yang ada,ecah mahu kongsi 1 cerita yang ecah dengar ketika pengisian antara Maghrib & Isya’ beberapa hari yang lepas.Cerita cinta halal seawal detik masjid terbina.Mari ecah kongsi dengan gaya bahasa ecah sendiri 


Adam mengahwini Hawa yang dicintainya.Sudah sebulan lama usia masjid mereka terbina.Mereka saling sayang-menyayangi,saling bertoleransi,saling mencukupi serba-serbi.Suatu hari sang isteri menyapa suami,”Abang,saya ada baca dalam satu kolum majalah ni.Penulis beri tips untuk mengukuhkan rumah tangga.”Sang suami menutup bahan bacaan yang sedang dibaca,tersenyum dan terus bertanya bagaimana dan apakah tipsnya.
Dengan bersungguh-sungguh sang isteri menjawab “Abang dan saya akan tulis semua perkara,sikap atau apa saja yang kita rasa tak selesa atau tak suka tentang pasangan kita.Abang tulis pasal saya.Saya tulis pasal abang.Kemudian,kita boleh kongsi dan cari solusi untuk menjadikan rumah tangga kita lebih bahagia”Suami bersetuju.Lantas mereka pergi ke bilik yang berasingan untuk menulis seperti apa yang dipersetujui.
Keesokan paginya,sang isteri dengan penuh ceria dan bersemangat terus bertanya pada suami “Abang,saya dah tulis semua!Kita mula ya?”Sang suami mengangguk setuju.Lantas sang isteri mula membaca semua 3 helai kertas yang ditulisnya.Ketika sang isteri sedang asyik membaca,terlihat bergenang air mata sang suami.Disekanya dalam senyuman yang tak pernah lekang.Direnung isterinya yang bersungguh-sungguh berkongsi dan bercerita.Sang isteri bertanya “Kenapa Bang?”Sang suami tenang dalam senyuman dan menjawab “Tiada apa-apa.Teruskan”.Sang isteri meneruskan perkongsiaannya sehingga habis pada garis akhir helain ke-3.Kelihatan dia cukup lega usai membaca semua.
“Sekarang giliran abang pula untuk baca!”kata isteri.
Sang suami mengeluarkan kertas dari saku bajunya.Dibuka lipatan kertas itu;kosong tanpa setitik tinta seraya berkata “Tiada apa  yang abang mahu tulis.Bagi abang,isteri abang dah cukup sempurna di mata abang.Abang tak mahu isteri abang berubah untuk abang,tetapi biarlah untuk Allah.Tiada apa yang abang mahu ubah dari isteri abang.Jujurnya,isteri abang adalah anugerah terindah yang pernah abang miliki”
Berjurai air mata sang isteri dan terus dirangkul tubuh sang suami.Dikucupnya berkali-kali tangannya dan memohon maaf atas semua yang dikongsi.Sang suami juga turut menangis.Dikucupnya dahi isteri dan dibisikkan pada telinganya “Tiada siapa yang sempurna,sayang.Yang sempurna hanya Dia.Kita cari Dia sama-sama untuk bahagia,ya.”






Kawan,dalam kehidupan,terlalu banyak kepincangan,kesedihan & kebencian.Saat kita sudah berdepan dengan itu semua,kita tinggalkan pada saat itu juga kerana hidup yang bersisa harus diteruskan dengan ceria tanpa dibawa bagasi ‘rasa tidak puas hati’ dan dendam lama.
Buat yang sudah berumah tangga,aku pinta,terimalah segala kekurangan pasangan kalian dengan penuh keterbukaan.Dari 1,2 kekurangannya,ada 1001 lagi kelebihannya.Mengapa perlu dilihat yang 1,2 itu?Cari dan lihatlah kebaikannya moga segala yang pincang sedikit itu mampu diterima dan dibaiki sama-sama dengan niat mencari redhaNya.
Akhir kata,semua mencari kesempurnaan walau sedar hakikatnya hidup ini adalah 1 ketidaksempurnaan yang nyata.Yang sempurna hanya Dia,kawan.Maka jika mahu mencari sesuatu yang menghampiri kesempurnaan,carilah yang Maha Sempurna;Allah Azza wa Jalla.

Abdi,
Siti Aisyah Fatin



Wednesday 13 March 2013

Ya Allah...Aku Takut..



Assalamualaikum.....

Bismillahilrahmanilrahim....

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim......


Tuesday 5 March 2013

TaQwa


Bismillahilrahmanilrahim....

"jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri"
(sayyidina Ali bin Abi Thalib)
Seseorg yang cenderung merasa dirinya serba baik dan serba faham, akan selalu melihat kehidupan orang lain kekurangan modal. Ingat ! Insan yang baik tidak pernah melihat dirinya baik bahkan selalu memperbetulkan salah dan suka meningkatkan amalan kebajikannya tetapi tidak pernah berpuas hati tentang apa yang dilakukan. Setiap hari akan terus berusaha menjadi yang terbaik dari hari semalam. Semoga kita diantaranya. Jom muhasabah diri sebelum usia kita senja. Alangkah ruginya jika hidup tanpa kualiti.

INILAH KISAH CINTA SEJATI

Assalamualaikum...

hari ni ecah nak berkongsi dgn anda semua tentang satu kisah cinta sejati seorang kawan kepada kawan ecah ni.Dia ni seorang lelaki tau.Mula2 ecah terkejut jugak bila denagr kisah cinta seorang yg boleh ecah panggil abang la sebab umurnya dah masuk 27 tahun dah..

 

Bismillahilrahmanilrahim....

Ceritanya macam gini, abang z juga seperti kamu yang pernah bercinta dan mencintai. Yang juga merasa nikmat dalam cinta. Di usia 27 tahun, tentu sekali abang z mempunyai pengalaman yang luas tentang cinta. Di lalui seperti cinta remaja masa kini  tapi apa yang abang zai katakan jika kita jaga cinta kerana Allah maka cinta yang Allah berikan juga indah dan terpelihara.

Silalah bace sedikit kisah percinta sejati ini yang boleh di jadikan pedoman dalam cinta sejati.

Aku suka sangat tengok jari-jemari teman wanita aku, cantik betul.
Sungguh!
Sampai aku takut nak pengang.
bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.
Aku suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…
sungguh!
Sebab itu aku belikan dia tudung.
Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan!
Tapi sebab aku mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan di tv itu sampai bila-bila…
takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta! 
Aku suka sangat tengok body teman wanita aku…
solid betul.
Sungguh!
Sebab itu aku belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Aku pun tumpang dapat pahala…
syoknya!
Aku sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Aku pun macam itu juga.
Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’
Aku pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…
semoga dia cintakan-Nya lebih daripada Aku.

 
Aku sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;
“Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.”
Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.
Aduuuuh…
berdosanya Aku!
Aku memang sayang sangat pada dia.
Aku mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.
Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
 
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.
Ya Allah, ampunkanlah kami…
semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…
 Semoga ada sedikit kesedaran dalam bercinta , cinta yang di pelihara dan cinta kerana ini lebih indah :)



Friday 1 March 2013

Kesetiaan...

Semua orang cakap tentang Setia..Namun berapa orang mampu setia?..ramai diluar sane tak tau apa erti setia..percayalah.. Ramai tanya..perlu ke setia???dah la tak ada ikatan yang wajib/suci/akkad..kene plak zaman moden ni..tukar-tukar pasangan macam tukar baju..belum tentu kita setia..pasangan nak setia..sebab itu jugaklah ramai org yang ambil jalan pendek dengan cubaan bunuh diri kerana kekasih tak setia..semuanya mengarut..mengapa bazirkan nyawa untuk orang yang tak sayang kita?

ecah pernah melepak dengan seorang rakn nie, minta pendapatnya tentang setia dan automatik dia cakap jangan percaya pada setia ..setia tu " shit" ..haiyoo kasarnya, bila ecah tanya kenapa ?? dia kata, setia tu hanya di luahkan dari mulut sekadar kata-kata bukan kenyataan yang sebenar dan tak seiring dengan perbuatan. Si lelaki menyalahkan perempuan tak setia dan mahukan lelaki yang lebih berharta sahaja. Si perempuan pula salahkan lelaki tak setia sebab mahukan perempuan yang cantik saje. bla bla bla Sebelum nak cakap tak setia better check diri kita dulu.
 
Nak suruh anak muda zaman sekarang jangan bercinta ?? wow mimpilah cinta itu adalah mission pertama mereka. tapi bila di tipu,menipu,kecewa dan mengecewakan barulah akhirnye rasa macam tak mahu bercinta.Kawan-kawan semua ecah cuba bagi situasi kepada kamu setia.


ALLAH membiarkan kita untuk saling menyayangi dan mencintai...
tapi, selepas itu DIA akan mengambil kembali orang yang telah kita cintai dan sayangi tuh, dan Allah juga yg memberikan kita waktu untuk bertemu, dan DIA memisahkan kita lagi :)


Malah,Allah mempunyai sebab tersendiri mengapa kita diputuskan dengan pasangan kita itu.Allah mungkin ada plan yang baik untuk kita.percayalah... 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
 
 

Keabadian Cinta...


 Deru angin malam menyapa pipi,sejuknya sampai ke hati.Sunyi dalam bingitnya sana sini.Sendiri,mencari-cari.Yang hilang,yang tak jumpa lagi..MashaAllah...sabarlah wahai hati..

 Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.
 

Thursday 28 February 2013

Alhamdulillah..



Bismillahilrahmanilrahim..In the name of Allah, The most Gracious and The most Merciful.Salam to all readers.
InsyaAllah,as long as  ada masa untuk menulis,saya akan menulis sbb mungkin lepas ni entah-entah dua buan sekali pulak update eh..hehe..ok jom mulakan.

Ramai yg takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak.Ramai yg takut akan menonjo kerana risau diakatan riak.Begitulah permainan syaitan,gagal membawa kita direct dengan ajakan keburukan.
Jagan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita.Bukan pada kuasa mereka untuk menilaipada Allah jualah penilaian itu.Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha,bukan kerana manusia.Saya petik kata-kata Hilal Asyraf dalam instagram beliau,
Aku percaya banyak cara dan jalan yang Allah bentangkan untuk meng-awesome-kan kita.So,that kita boleh menjadi manusia2 yang baik dari sebelum ini.Well takkan kita nak berada pada tahpa tu je,zon selesa,langsung tak nak berganjak,langsung tak de kesedaran untuk kesiankan diri sendiri yg laparkan rohani.

Dalam nak mengajak diri sendiri dan orang lain menjadi baik,macam2 ujian kena tempuh fact.Bila buat baik ada je orang yg tak suka,bila buat jahat lagi la orang mengata kan?kalau kita fikir nak puaskan hati manusia semata memang tak mampu.Ya,aku cuma pegang satu je,buat apa yg Allah suka,tinggalkan apa yg Allah tak suka.Senag walaupun susah sebenranya.



Ya mungkin akan da pahit,kita kena mangis,sometime menderita and so on.so that,kita boleh rasa kebahagiaan pada masa kan datang. Kebahagiaan kegembiraan sometime kita kena bayar dengan air mata kan?kalau hari ini orang di sekeliling kita tengok kita hebat,namun mereka tak pernah tahu yg kita perbah hebat menderita pada satu ketika dulu,dan Allah jualah yg mengetahui dari A sampai Z.

Hari ini,aku rasa bersyukur dan berterima kasih sebeb pengalaman pahit satu ketika dulu tu dah bertukar jd something yg sanagt manis at the end kerana aku ada keluarga dan kawan2 yg selalu ada di samping aku dalam susah dan senang.

Actually Allah dah menjawab doa kita lebih dari apa yg kita minta.sungguh banyak,Allah dh bagi terlalu banyak.Allah dah bagi kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni denagn bermacam-macam cara yg kadang2 kita tak nampak.Pilihan Allah itu adalah yg terbaik.Seriously.Alhamdulillah..:)




Tuesday 26 February 2013

Sahabat Imanku...



Ya Allah aku bersyukur padaMu, Engkau mengurniakan aku sahabat yang banyak membimbingku ke jalanMu. Mengingatkanku agar tidak riak, sombong, takbur, berwas-was, putus asa dan pelbagai racun dalam hati. Semakin hari semakin aku cuba untuk terus memenjarakan rasa yang menjadi racun yang merosakkan dan mengotorkan hatiku lalu mendidik ku untuk lebih tawaduk dan ikhlas.

Dia selalu mengingatkan ku tentang firman Allah "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" (Surah Yusuf ayat 12) agar aku bersemangat untuk terus beribadah mencari redha Allah. Bila aku mulai sedih mengenangkan dosa-dosa lalu, dia mulai mengingatkanku bahawa Allah itu maha pengampun. Firman Allah "jika ada seorang hambaku memikul dosanya walau sebesar bumi lalu dia memohon ampun kpdku, maka aku akan mengampunkannya" (hadis qudsi)
Setiap hari dia menjaga kebajikan dunia dan akhiratku. Mengingatkanku untuk solat diawal waktu, istiqomahkan zikir, baca quran, jaga lidah dari berbicara soal yang lagho dan jaga kesihatanku agar aku dapat menjaga amanah Allah ini dengan baik sekalian memudahkanku untuk terus beribadah dengan baik.
Wahai Allahku yang maha besar, sesungguhnya setiap perkara di dunia ini tidak pernah berlaku secara kebetulan. Semuanya dgn izinMu. Jika dia diutuskan untukku adalah untukmemimpinku, janganlah engkau menariknya dari diriku ya Allah. Aku mohon Kau berilah keberkahan dalam kehidupannya dan memberi perlindungan kepadanya dan keluarganya di dunia dan akhirat serta jauhkanlah dia dari sebarang malapetaka baik datang dari jin mahupun manusia. Aamin
Kini aku yakin, setiap kejadian yg menimpaku adalah semata-mata menyekolahkanku dari kejahilan yang pernah ku buat dulu dan Allah tidak pernah membiarkanku lalai dengan dunia hingga lupa dimana arah tuju ku yang sebenarnya.
Ya Allah, engkau tuhanku. Engkau yang menciptakanku maka Engkau lebih mengetahui tentang diriku, masa lepasku, masa depanku, alam kuburku, aku di masyar serta dimana tempatku diakhirat kelak. Aku mohon, setelah Engkau memberi hidayah kepadaku janganlah Engkau menariknya semula, setelah Engkau tiupkan iman ini dihatiku janganlah Engkau mengambilnya semula.
Sesungguhnya ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk mencari redhaMu ya Allah. Kau ampunkanlah kebodohan dan kedhoifanku selama ini. Lindungilah para sahabatku, berkahilah mereka dan ampunkanlah mereka.
Subhanallah wabihamdhi x 100
 

Sunday 24 February 2013

Ada Apa Dengan Cinta..

perempuan datang atas nama cinta...
bunda pergi kerna cinta
Digenangi air racun jingga dari wajahmu...
seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan

ada apa dengannya...
hinggakan hati untuk di caci
lalu sekali ini aku lihat karya surga dari mata seorang hamba..

ada apa dengan cinta...
tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanya kembali cintanya
bukan untuknya..bukan untuk siapa
tapi untukku..
karna aku ingin kamu..
itu saja

aku takut..aku malu

 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

“Hai manusia, kamulah yang membutuhkan kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS. Fathir [35]: 15)

Aku beribadat bukan juga kerana patuh tetapi aku takut malu bila dihadapkan kelak, tiada apa-apa yang ku bawa kecuali dosa dan kemiskinan dari sikapku sendiri.

Aku malu, bila aku ditakdirkan mendapat syurga aku tidak mampu memijaknya kerana malu amalan ku membuatkan aku merasa tidak layak untuk berada di sana ataupun noda hitam didahiku menandakan aku baru disucikan dari Neraka... oh malunya...

Aku takut, bila dihadapkan di Masyar dihadapan Rasulullah lalu dipampang dosa-dosa yang aku lakukan, bukan aku membuatkan Rasulullah bangga malah kerana aku air mata Rasulullah jatuh. Ya Allah, malunya..

Aku takut, bila Allah menghisab semua amalanku yang paling banyak adalah noda hitam daripada warna-warna putih sehingga tiada ruang untukku untuk mengetahui apa itu ‘syurga’. Ruginya aku dilahirkan sebagai hamba-Nya jika sombong untuk menghambakan diriku pada-Nya. Ya Allah, ampuni aku...

Allah subhaanahu wa ta’aala pun berfirman dalam hadis qudsi:

“Wahai hamba-hamba-Ku, andai orang-orang terdahulu kalian dan paling akhir, manusia dan jin, seluruhnya berhati orang yang paling takwa diantara kalian, hal itu tidak akan menambah kerajaan-Ku sedikit pun.”

Wahai hamba-hamba-Ku, andai orang-orang terdahulu kalian dan paling akhir, manusia dan jin, seluruhnya berhati orang yang paling jahat diantara kalian, hal itu pun tidak akan pernah mengurangi sedikit pun dari kerajaan-Ku.” (HR Muslim no. 2577)


















tentang cinta


Assalamualaikum
Hari nie ecah nak kongsikan kata-kata yang mungkin berkaitan dengan kamu semua, kata-kata yang mampu buatkan kamu kuat semangat dan lebih yakin pada cinta .Inilah kehidupan dengan cinta :)
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Indahnya cinta kerana Allah

Semakin aku menjauh, semakin dia dekat. 
Semakin aku cuba melupakan, semakin dia mendampingi. 
Semakin aku mendalih, semakin dia mempersetujui. 
Selalu aku menolak tetapi dia terus memujuk. 
Selalu aku melawan tetapi dia tetap sabar. 
Katanya,
"Aku menikahimu atas amanah yang diberikan ke atasku, baik dari ibubapamu, ibubapaku & Allah".
Bertuahnya memenangi cinta lelaki soleh, yang mahu terus menjaga kita atas nama agamanya. Dia tidak pernah menghebahkan cintanya kepada semesta kerana katanya fitnah ada di mana-mana dan takut hasad dengki manusia menghancurkan kebahagiaan yang dibina. Dia menasihatkan agar menyerahkan cinta itu kepada Allah, katanya :
"Jika kita jaga cinta kita pada Allah, Allah akan jaga cinta kita sesama manusia".
Cinta itu bukan datang dengan tercemar tetapi cinta itu sepatutnya dalam redha Allah kan ? (^_^)"

Saturday 23 February 2013

aku mencintai mu..

Di Setiap Detakkan Jantung..
Hembusan Nafas..
Setiap Pergerakkan, Langkah Dan Lirikkan,
Setiap Kumitan, Kerlipan Dan Dongakkan,

Disitulah Adanya Kamu,
Percaya !
Segala Angkatan Darat Dan Laut..
Bumi Dan Langit..
Kiri Dan Kanan..
Tidak Pernah Terlepas Walau Sebelum Seminit Masa Berdetik..

Engkau Maha Besar Diatas Kebesaranmu..
Mengatur Kuasamu Pada Setiap Ciptaan..
Sama Ada a'lim Atau Jahil..
Jatuh Tetap Jatuh,
Naik Tetap Naik,

Itulah Janji Yang Percaya Dan Beriman,
Allahu Akhbar,
Aku Memerlukanmu..

Cukuplah Engkau,
Jika Ada Engkau Ertinya Aku Ada Semua.

Aku Memerlukanmu Wahai Rabb-Ku,
Aku Mencintaimu Wahai Rabb-Ku,
Redhailah Aku,
Hanya Itu Yang Ku Perlu.

Allahu Akhbar !! Walillah Ilham