
Ramai manusia tertipu dengan kekayaannya, kecantikannya,
kebijaksanaannya, keturunannya dan pangkatnya. Sehingga lupa kaya itu
mana barokahnya ? Cantik itu mana nilainya ? Bijak itu mana sumbangannya
? Keturunan itu mana amal jariahnya ? Pangkat itu mana mulianya ?
Kita lupa. Kaya juga boleh buat kita lalai kerana sibuk mengejar
kesenangan dunia. Cantik juga buat kita jadi takabur kerana merasa lebih
dari manusia lain. Bijak juga buat kita sombong kerana merasa betul
sepanjang masa. Keturunan juga buat kita riak kerana mengagungkan lebih
dari agama. Apalagi pangkat, buat kita lupa diri kerana merasa diri
lebih berkuasa dari kebanyakkan.
Sedangkan, Allah yang tunggal yang punya zat atas segalanya saja maha
kaya, maha cantik, maha bijaksana, maha esa, dan maha besar, tidak terus
menghukum kita atas segala kelalaian, kejahilan dan kesombongan kita
yang menumpang di muka bumiNya ini walhal Dia berkata "kun faya kun"
atas segala kejadian, tetapi tetap maha sabar atas perlakuan kita.
Malulah pada Allah. Tidak ada tempat yang tidak berDia. Tidak sedetik pun dilalaikan pasti akan dihitung bila sampai masa diadili.
Oh barzakh ! Oh masyar ! Oh mizan... Kelak tempatku di mana ?
Malulah pada Allah. Tidak ada tempat yang tidak berDia. Tidak sedetik pun dilalaikan pasti akan dihitung bila sampai masa diadili.
Oh barzakh ! Oh masyar ! Oh mizan... Kelak tempatku di mana ?
No comments:
Post a Comment