Wednesday 22 May 2013

cinta tak sempurna



Tingkap kamar dikuak luas.Angin terus menyerbu seakan sudah lama menunggu.Cahaya matahari memancar terus ke wajahku.Rasa cukup berharga nyawa pinjamannya bila nikmat-nikmat sebegini masih mampu dirasa.Kicauan burung menambah ceria.Pada tiap simfoni yang teralun dari bunyi kicauan mereka ada dzikir yang dilagukan untuk Pencipta.SubhanAllah.Rasa ini rasa damai.Rasa syukur kerana saat dihirup udara sedalam-dalamnya,aku masih mampu menghembuskan semua dengan lega tanpa tersekat di mana-mana.Degup jantung dan nadi masih terjaga ritmanya.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.
Ya,sudah lama ecah tidak mengemaskini blog ecah..Maka hari ini dalam kesempatan yang ada,ecah mahu kongsi 1 cerita yang ecah dengar ketika pengisian antara Maghrib & Isya’ beberapa hari yang lepas.Cerita cinta halal seawal detik masjid terbina.Mari ecah kongsi dengan gaya bahasa ecah sendiri 


Adam mengahwini Hawa yang dicintainya.Sudah sebulan lama usia masjid mereka terbina.Mereka saling sayang-menyayangi,saling bertoleransi,saling mencukupi serba-serbi.Suatu hari sang isteri menyapa suami,”Abang,saya ada baca dalam satu kolum majalah ni.Penulis beri tips untuk mengukuhkan rumah tangga.”Sang suami menutup bahan bacaan yang sedang dibaca,tersenyum dan terus bertanya bagaimana dan apakah tipsnya.
Dengan bersungguh-sungguh sang isteri menjawab “Abang dan saya akan tulis semua perkara,sikap atau apa saja yang kita rasa tak selesa atau tak suka tentang pasangan kita.Abang tulis pasal saya.Saya tulis pasal abang.Kemudian,kita boleh kongsi dan cari solusi untuk menjadikan rumah tangga kita lebih bahagia”Suami bersetuju.Lantas mereka pergi ke bilik yang berasingan untuk menulis seperti apa yang dipersetujui.
Keesokan paginya,sang isteri dengan penuh ceria dan bersemangat terus bertanya pada suami “Abang,saya dah tulis semua!Kita mula ya?”Sang suami mengangguk setuju.Lantas sang isteri mula membaca semua 3 helai kertas yang ditulisnya.Ketika sang isteri sedang asyik membaca,terlihat bergenang air mata sang suami.Disekanya dalam senyuman yang tak pernah lekang.Direnung isterinya yang bersungguh-sungguh berkongsi dan bercerita.Sang isteri bertanya “Kenapa Bang?”Sang suami tenang dalam senyuman dan menjawab “Tiada apa-apa.Teruskan”.Sang isteri meneruskan perkongsiaannya sehingga habis pada garis akhir helain ke-3.Kelihatan dia cukup lega usai membaca semua.
“Sekarang giliran abang pula untuk baca!”kata isteri.
Sang suami mengeluarkan kertas dari saku bajunya.Dibuka lipatan kertas itu;kosong tanpa setitik tinta seraya berkata “Tiada apa  yang abang mahu tulis.Bagi abang,isteri abang dah cukup sempurna di mata abang.Abang tak mahu isteri abang berubah untuk abang,tetapi biarlah untuk Allah.Tiada apa yang abang mahu ubah dari isteri abang.Jujurnya,isteri abang adalah anugerah terindah yang pernah abang miliki”
Berjurai air mata sang isteri dan terus dirangkul tubuh sang suami.Dikucupnya berkali-kali tangannya dan memohon maaf atas semua yang dikongsi.Sang suami juga turut menangis.Dikucupnya dahi isteri dan dibisikkan pada telinganya “Tiada siapa yang sempurna,sayang.Yang sempurna hanya Dia.Kita cari Dia sama-sama untuk bahagia,ya.”






Kawan,dalam kehidupan,terlalu banyak kepincangan,kesedihan & kebencian.Saat kita sudah berdepan dengan itu semua,kita tinggalkan pada saat itu juga kerana hidup yang bersisa harus diteruskan dengan ceria tanpa dibawa bagasi ‘rasa tidak puas hati’ dan dendam lama.
Buat yang sudah berumah tangga,aku pinta,terimalah segala kekurangan pasangan kalian dengan penuh keterbukaan.Dari 1,2 kekurangannya,ada 1001 lagi kelebihannya.Mengapa perlu dilihat yang 1,2 itu?Cari dan lihatlah kebaikannya moga segala yang pincang sedikit itu mampu diterima dan dibaiki sama-sama dengan niat mencari redhaNya.
Akhir kata,semua mencari kesempurnaan walau sedar hakikatnya hidup ini adalah 1 ketidaksempurnaan yang nyata.Yang sempurna hanya Dia,kawan.Maka jika mahu mencari sesuatu yang menghampiri kesempurnaan,carilah yang Maha Sempurna;Allah Azza wa Jalla.

Abdi,
Siti Aisyah Fatin



No comments:

Post a Comment