Wednesday 29 May 2013

Gugurnya Daun Di Syurga

 

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Malaikat Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah utk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa".

Sedarlah kita bahawa kematian itu akan menghampiri kita sama ada kita bersedia ataupun tidak.


" Firman Allah S.W.T : Qullu nafsin zaaiqatul maut..
yang bermaksud setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. "
Berdoalah dan beramal lah semoga kita juga dijemput dalam keadaan 'khusnul khotimah' untuk menjadi ahli syurga..insyaallah,amiinn..

Sedarlah kita,semua yang bersama kita hanyalah pinjaman semata-semata.Pemilik mutlaknya hanyalah Allah yang Maha Esa.Sampai suatu saat Allah akan menuntut semula setiap satu apa yang dipinjamkan kepada kita.

Kepada dia kita datang dan kepada dia jua lah kita pulang..
sama-sama kita terus mengorak langkah menuju kejayaan hakiki di penghujung segala destinasi yang kekal abadi.

LailahaillaAllah Muhammad Rasulullah

abdi
fatin Aisyah 

Tuesday 28 May 2013

Cerita Abah dan Aku

 


Ada hati yang rindu. 
Sering kali berjauhan namun tak pernah dilupakan. 
Dalam doa dia menjadi keutamaan. 
Bahagianya dia adalah bahagia buatku jua.
Dia abah ku yang amat ku sayang, 
disimpan Jauh dilubuk 'sanubari' agar tak pernah berniat untuk dilupakan. 
Hanya air mata menjadi saksi tentang kerinduan ini padanya. 
Jarang bertemu abah
setiap kali datang enggan mahu melepaskan pergi. 
Aku berpesan padanya, 
jangan lupa doakan cah agar sentiasa dalam rahmat Allah. 
  


Ku pohon padamu Allah, 
"ku tinggalkan abah dalam lindunganMu". 
 
Amin
Ya Robbal a'lamin


Bunga Bunga Syurga



 "Senyum nampak gigi" 
(Atas arahan saya) haha 
 
 
Kami ada cerita kami sendiri. 
Namun dalam cerita kami, 
kamilah kekuatan setiap plot cerita itu. 
 
 
Jika ada antara kami hilang, 
mungkin warna pelangi tak lengkap lagi, 
matahari tak merah lagi dan malam pasti sunyi tanpa bintang.
Biar apa pun cerita dunia yang direka manusia,
Namun hanya Allah saja yang tahu alasan semua kisah.
Semuanya ada hikmah.


Itulah keluargaku padaku. 
Mereka adalah duniaku. 
 
 
abdi:
 Aisyah Fatin

Monday 27 May 2013

Cinta Hakiki


Cinta tidak pernah terpadam cuma mungkin kita yang tidak dapat menghidupkannya. 
Ramai yang memerlukan cinta terapi tidak banyak yang mahu berkorban kerananya. 
Ramai yang berbicara cinta tapi tidak tahu nilainya.

Cinta.... 
Sekalipun kekasih tiada lagi namun cinta tetapi dihati.

Dan...
Sekalipun kita tidak pernah melihatnya tetapi cinta tetap hadir di sanubari.
Aku mencintaimu ya Robb.

abdi
❤FA

Kupu-kupu Cinta

 

ibarat kupu-kupu; bila kita kejar, ia lari jauh meninggalkan kita dan ada ketikanya, dia datang lalu menghiasi jemari kita..

Begitulah jodoh; sekuat mana kita kejar namun jika bukan milik kita pasti akan hilang, dan jika sudah tertulis ilahi pasti ia akan datang sendiri.
Itulah salah satu dari rahsia Allah. Jika kita dilahirkan untuk 'dia' pasti akan menemuinya...
Sabar. 
Allah maha adil menyediakan jodoh yang serasi buat kita agar kita berasa aman dan bahagia hidup bersama.
Tawakaltu alallah lahaulawalaquwata' illahbillah (^_^)v


abdi
Aisyah Fatin
 


Dengan NamaMu...

 
Zikrullah; 
membasahi ruangan hati kering yang dahagakan kebasahan iman lalu menyuci debu-debu dosa pada permukaan tapak kaki.
 
Sebelum ini, aku mencari dimanakah arah kiblatku walau ku tahu ia sandaran dahi bersujud.
Sebelum ini, 
 
aku mencari apakah tujuan aku di sini sedangkan aku bersyahadah dan menyimbolkan jari telunjukku bahawa Allah itu esa disembah !
 
 
Alhamdulillah; 
walau imanku sebesar biji jagung mungkin, 
namun aku bersyukur dengan iman ini aku mencari jalan pulang mencari kiblat dan mengakui tidaklah aku dilahirkan semata-mata untuk beribadat kepada tuhanku.
Aku pencari jalan redhaMu Allah maka, kau pimpinlah hatiku ini. 
Amin ya rahman, amin ya rahim
 
 

Sunday 26 May 2013

Aisyah





 "AISYAH"
Ya itu aku.


Sedikit cerita yang kau tahu tersurat dikenali dari mata kasarmu.
Yang banyak pula ku simpan tersirat dari riwayat kisah hidupku.
Aku tidak sempurna, maafkan aku jika pernah mengasarimu.
Menjadi diriku, aku kan selalu memaafkanmu.

Kerna "AISYAH" mencari redha Allah dalam rahmatNya.

Di Mana Tempat Kita Kelak



Ramai manusia tertipu dengan kekayaannya, kecantikannya, kebijaksanaannya, keturunannya dan pangkatnya. Sehingga lupa kaya itu mana barokahnya ? Cantik itu mana nilainya ? Bijak itu mana sumbangannya ? Keturunan itu mana amal jariahnya ? Pangkat itu mana mulianya ?


Kita lupa. Kaya juga boleh buat kita lalai kerana sibuk mengejar kesenangan dunia. Cantik juga buat kita jadi takabur kerana merasa lebih dari manusia lain. Bijak juga buat kita sombong kerana merasa betul sepanjang masa. Keturunan juga buat kita riak kerana mengagungkan lebih dari agama. Apalagi pangkat, buat kita lupa diri kerana merasa diri lebih berkuasa dari kebanyakkan.


Sedangkan, Allah yang tunggal yang punya zat atas segalanya saja maha kaya, maha cantik, maha bijaksana, maha esa, dan maha besar, tidak terus menghukum kita atas segala kelalaian, kejahilan dan kesombongan kita yang menumpang di muka bumiNya ini walhal Dia berkata "kun faya kun" atas segala kejadian, tetapi tetap maha sabar atas perlakuan kita.


Malulah pada Allah. Tidak ada tempat yang tidak berDia. Tidak sedetik pun dilalaikan pasti akan dihitung bila sampai masa diadili.

Oh barzakh ! Oh masyar ! Oh mizan... Kelak tempatku di mana ?

Wednesday 22 May 2013

cinta tak sempurna



Tingkap kamar dikuak luas.Angin terus menyerbu seakan sudah lama menunggu.Cahaya matahari memancar terus ke wajahku.Rasa cukup berharga nyawa pinjamannya bila nikmat-nikmat sebegini masih mampu dirasa.Kicauan burung menambah ceria.Pada tiap simfoni yang teralun dari bunyi kicauan mereka ada dzikir yang dilagukan untuk Pencipta.SubhanAllah.Rasa ini rasa damai.Rasa syukur kerana saat dihirup udara sedalam-dalamnya,aku masih mampu menghembuskan semua dengan lega tanpa tersekat di mana-mana.Degup jantung dan nadi masih terjaga ritmanya.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.
Ya,sudah lama ecah tidak mengemaskini blog ecah..Maka hari ini dalam kesempatan yang ada,ecah mahu kongsi 1 cerita yang ecah dengar ketika pengisian antara Maghrib & Isya’ beberapa hari yang lepas.Cerita cinta halal seawal detik masjid terbina.Mari ecah kongsi dengan gaya bahasa ecah sendiri 


Adam mengahwini Hawa yang dicintainya.Sudah sebulan lama usia masjid mereka terbina.Mereka saling sayang-menyayangi,saling bertoleransi,saling mencukupi serba-serbi.Suatu hari sang isteri menyapa suami,”Abang,saya ada baca dalam satu kolum majalah ni.Penulis beri tips untuk mengukuhkan rumah tangga.”Sang suami menutup bahan bacaan yang sedang dibaca,tersenyum dan terus bertanya bagaimana dan apakah tipsnya.
Dengan bersungguh-sungguh sang isteri menjawab “Abang dan saya akan tulis semua perkara,sikap atau apa saja yang kita rasa tak selesa atau tak suka tentang pasangan kita.Abang tulis pasal saya.Saya tulis pasal abang.Kemudian,kita boleh kongsi dan cari solusi untuk menjadikan rumah tangga kita lebih bahagia”Suami bersetuju.Lantas mereka pergi ke bilik yang berasingan untuk menulis seperti apa yang dipersetujui.
Keesokan paginya,sang isteri dengan penuh ceria dan bersemangat terus bertanya pada suami “Abang,saya dah tulis semua!Kita mula ya?”Sang suami mengangguk setuju.Lantas sang isteri mula membaca semua 3 helai kertas yang ditulisnya.Ketika sang isteri sedang asyik membaca,terlihat bergenang air mata sang suami.Disekanya dalam senyuman yang tak pernah lekang.Direnung isterinya yang bersungguh-sungguh berkongsi dan bercerita.Sang isteri bertanya “Kenapa Bang?”Sang suami tenang dalam senyuman dan menjawab “Tiada apa-apa.Teruskan”.Sang isteri meneruskan perkongsiaannya sehingga habis pada garis akhir helain ke-3.Kelihatan dia cukup lega usai membaca semua.
“Sekarang giliran abang pula untuk baca!”kata isteri.
Sang suami mengeluarkan kertas dari saku bajunya.Dibuka lipatan kertas itu;kosong tanpa setitik tinta seraya berkata “Tiada apa  yang abang mahu tulis.Bagi abang,isteri abang dah cukup sempurna di mata abang.Abang tak mahu isteri abang berubah untuk abang,tetapi biarlah untuk Allah.Tiada apa yang abang mahu ubah dari isteri abang.Jujurnya,isteri abang adalah anugerah terindah yang pernah abang miliki”
Berjurai air mata sang isteri dan terus dirangkul tubuh sang suami.Dikucupnya berkali-kali tangannya dan memohon maaf atas semua yang dikongsi.Sang suami juga turut menangis.Dikucupnya dahi isteri dan dibisikkan pada telinganya “Tiada siapa yang sempurna,sayang.Yang sempurna hanya Dia.Kita cari Dia sama-sama untuk bahagia,ya.”






Kawan,dalam kehidupan,terlalu banyak kepincangan,kesedihan & kebencian.Saat kita sudah berdepan dengan itu semua,kita tinggalkan pada saat itu juga kerana hidup yang bersisa harus diteruskan dengan ceria tanpa dibawa bagasi ‘rasa tidak puas hati’ dan dendam lama.
Buat yang sudah berumah tangga,aku pinta,terimalah segala kekurangan pasangan kalian dengan penuh keterbukaan.Dari 1,2 kekurangannya,ada 1001 lagi kelebihannya.Mengapa perlu dilihat yang 1,2 itu?Cari dan lihatlah kebaikannya moga segala yang pincang sedikit itu mampu diterima dan dibaiki sama-sama dengan niat mencari redhaNya.
Akhir kata,semua mencari kesempurnaan walau sedar hakikatnya hidup ini adalah 1 ketidaksempurnaan yang nyata.Yang sempurna hanya Dia,kawan.Maka jika mahu mencari sesuatu yang menghampiri kesempurnaan,carilah yang Maha Sempurna;Allah Azza wa Jalla.

Abdi,
Siti Aisyah Fatin