Sunday 11 May 2014

Kita merancang ,Allah jua merancang....

 Bismillahilrahmanilrahim....

Aku percaya kita bukan mencari manusia sempurna tetapi, sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita.betul tak?

Aku pun begitu,aku tak mahu yang terlalu tampan atau hensem kerana tidak padan dengan aku. juga tak nak terllau bijak kerana aku jadi rendah diri pula. yang sederhana la kot. Atleast dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan aku milik penuh dia. Tak lupa juga yang jenis suka salah-menyalah dan selalu mengungkit kisah-kisah lama.Itu semua aku tak suka.Bagi aku la, yang lepas biarla lepas, Yang penting aku nak berubah.

Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dengan pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan,macam mana yang cantik suka pada orang yang sangat la tak hensem? malah ada juga yang normal berkahwin dengan orang yang tak normal fizikalnya. Itulah yang aku kata,mereka bertemu ketengan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia,fuhh rasa tenang hati dan damai.

suasana ataupun arab sebut bi'ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai sang Ilahi. Tapi percaya satu benda aku tak nafikan,ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari teangnya orang biasa-biasa. :)

Wallahua'lam






No comments:

Post a Comment